Monday, 23 November 2020

KEMAHIRAN MOTOR KASAR

 

·     Kemahiran motor kasar adalah penting untuk pertumbuhan kanak-kanak bermula dari mereka lahir lagi.

·     Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot-otot besar yang ada pada anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki yang membolehkan fungsinya seperti berjalan, menendang, duduk tegak, mengangkat dan membaling bola.

·    Kemahiran motor kasar seorang kanak-kanak itu bergantung kepada kedua-dua nada otot (salah satu sifat fisiologi badan manusia) dan kekuatannya.

·   Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom down, gangguan genetik atau gangguan sistem saraf pusat.

·    Pergerakkan motor kasar kanak-kanak boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlulah melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza-beza keadaan kedudukan badan mereka.

·         Tahap kesukaran aktiviti tersebut boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak.

·         Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya.


PERKEMBANGAN MOTOR KASAR MENGIKUT UMUR:

1)      1-6 BULAN:

o   Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah kedudukannya.

o Bayi akan terdorong untuk mengubah posisi kepalanya semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya.

o   Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.

o Bayi mampu untuk menegakkan kepalanya semasa berada didukungan orang dewasa.

o   Semasa berada dalam keadaan terlentang, bayi akan menendang dan menggerakkan kaki ke kiri dan kanan.

 

2)      6-9 BULAN:

o  Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap, pergerakkan meniarapnya akan berubah-ubah mengikut kehendak bayi.

o   Bayi boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan.

o   Bayi juga akan menendang dengan kuat.

o   Pada usia ini, bayi akan menghulurkan tangannya meminta supaya diangkat oleh orang dewasa di sekelilingnya.

o   Di akhir usia pada tempoh ini, bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk seterusnya bayi akan bangun dan duduk dengan sendiri tanpa bantuan.

 

3)      9-18 BULAN:

o   Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang.

o   Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi semakin seronok bila mana pada usia ini kanak-kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka.

o   Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan.

o   Langkah seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan daripada orang dewasa/perabot disekelilingnya untuk membantu mereka bertatih.

o   Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa.

o   Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa.

o   Bayi akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini, mereka akan cuba pelbagai perkara dan bermain peralatan permainan.

o   Bayi akan mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda.

o   Pada akhir tahap ini juga, kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan orang dewasa.

 

4)      18 BULAN – 5 TAHUN:

o   Pada usia 18 bulan, kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka menjadi lebih baik.

o   Pada usia ini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan.

o   Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal 3 roda.

o   Mereka juga sudah boleh berdiri di atas hujung jari kaki.

o   Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola.

o   Kanak-kanak juga akan menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka sukai.

 

5)      5-7 TAHUN:

o   Pada usia ini, kanak-kanak sangat cergas dan cerdas.

o   Kanak-kanak sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas.

o   Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih jelas.

o   Kanak-kanak akan mampu memanjat dengan baik.

o   Kanak-kanak juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi.

o   Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul.


CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK

1)      Berjalan: - Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan kebelakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ketepi, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan.

Rajah 18 : sumber dari google


Rajah 19 : sumber dari google

2)      Berlari: - Kanak-kanak memang sangat suka berlari setiap masa. Aktiviti berlari ini haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti berlari.

Rajah 20 : sumber dari google

Rajah 21 : sumber dari google


3)      Skipping: - Skipping menggunakan tali, skpping secara bersendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan.

Rajah 22 : sumber dari google

Rajah 23 : sumber dari google



4)      Membaling Dan Menyambut Bola: - Menggolekkan bola, menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet.


Rajah 24 : sumber dari google

Rajah 25 : sumber dari google 

 

5)      Mengimbangkan Badan: Berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan diatas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan diatas tanah, membawa bola diatas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.

Rajah 26 : gambar dari google

 

Rajah 27 : sumber dari google

No comments:

Post a Comment