PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK

 KEMAHIRAN MOTOR KASAR

·     Kemahiran motor kasar adalah penting untuk pertumbuhan kanak-kanak bermula dari mereka lahir lagi.

·     Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot-otot besar yang ada pada anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki yang membolehkan fungsinya seperti berjalan, menendang, duduk tegak, mengangkat dan membaling bola.

·    Kemahiran motor kasar seorang kanak-kanak itu bergantung kepada kedua-dua nada otot (salah satu sifat fisiologi badan manusia) dan kekuatannya.

·   Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan melumpuhkan seperti sindrom down, gangguan genetik atau gangguan sistem saraf pusat.

·    Pergerakkan motor kasar kanak-kanak boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlulah melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza-beza keadaan kedudukan badan mereka.

·         Tahap kesukaran aktiviti tersebut boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak.

·         Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya.


PERKEMBANGAN MOTOR KASAR MENGIKUT UMUR:

1)      1-6 BULAN:

o   Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah kedudukannya.

o Bayi akan terdorong untuk mengubah posisi kepalanya semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya.

o   Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.

o Bayi mampu untuk menegakkan kepalanya semasa berada didukungan orang dewasa.

o   Semasa berada dalam keadaan terlentang, bayi akan menendang dan menggerakkan kaki ke kiri dan kanan.

 

2)      6-9 BULAN:

o  Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap, pergerakkan meniarapnya akan berubah-ubah mengikut kehendak bayi.

o   Bayi boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan.

o   Bayi juga akan menendang dengan kuat.

o   Pada usia ini, bayi akan menghulurkan tangannya meminta supaya diangkat oleh orang dewasa di sekelilingnya.

o   Di akhir usia pada tempoh ini, bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk seterusnya bayi akan bangun dan duduk dengan sendiri tanpa bantuan.

 

3)      9-18 BULAN:

o   Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang.

o   Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi semakin seronok bila mana pada usia ini kanak-kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka.

o   Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan.

o   Langkah seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan daripada orang dewasa/perabot disekelilingnya untuk membantu mereka bertatih.

o   Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa.

o   Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa.

o   Bayi akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini, mereka akan cuba pelbagai perkara dan bermain peralatan permainan.

o   Bayi akan mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda.

o   Pada akhir tahap ini juga, kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan orang dewasa.

 

4)      18 BULAN – 5 TAHUN:

o   Pada usia 18 bulan, kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka menjadi lebih baik.

o   Pada usia ini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan.

o   Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal 3 roda.

o   Mereka juga sudah boleh berdiri di atas hujung jari kaki.

o   Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola.

o   Kanak-kanak juga akan menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka sukai.

 

5)      5-7 TAHUN:

o   Pada usia ini, kanak-kanak sangat cergas dan cerdas.

o   Kanak-kanak sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas.

o   Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih jelas.

o   Kanak-kanak akan mampu memanjat dengan baik.

o   Kanak-kanak juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi.

o   Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul.


CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK

1)      Berjalan: - Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan kebelakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ketepi, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan.

Rajah 18 : sumber dari google


Rajah 19 : sumber dari google

2)      Berlari: - Kanak-kanak memang sangat suka berlari setiap masa. Aktiviti berlari ini haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti berlari.

Rajah 20 : sumber dari google

Rajah 21 : sumber dari google


3)      Skipping: - Skipping menggunakan tali, skpping secara bersendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan.

Rajah 22 : sumber dari google

Rajah 23 : sumber dari google



4)      Membaling Dan Menyambut Bola: - Menggolekkan bola, menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet.


Rajah 24 : sumber dari google

Rajah 25 : sumber dari google 

 

5)      Mengimbangkan Badan: Berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan diatas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan diatas tanah, membawa bola diatas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.

Rajah 26 : gambar dari google

 

Rajah 27 : sumber dari google



PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 

·         Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, jari-jari kaki, bibir dan lidah.

·         Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

·         Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri.

·         Seperti kanak-kanak berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun pula, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut sendiri.

·         Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan “dexterity” (ketangkasan).

·         Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak.

·         Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.

 

 PERKEMBANGAN MOTOR HALUS MENGIKUT UMUR:

1)      1-6 BULAN:

·         Pada umur 1-6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek yang hadir dalam pandangan mereka.

·         Bayi juga boleh memberi perhatian kepada ibubapa/orang dewasa yang menjaganya.

·         Bayi juga mampu merenung kepada cahaya yang terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi. Beberapa tindak balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi.

·         Bayi juga boleh mengikut pergerakan objek yang lalu dihadapan mereka.

2)      6-9 BULAN:

·         Bayi sangat peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka, namun perhatian mereka terhadap objek akan hilang sekiranya objek itu hilang dari pandangan mereka/perhatian mereka telah beralih kepada rangsangan yang lain.

·         Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut, kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang lagi satu.

·         Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk kea rah sesuatu yang mereka mahu/sesuatu yang menarik perhatian mereka.

 

3)      9-18 BULAN:

·         Penumpuan bayi terhadap perkara/objek yang menarik perhatian mereka akan menjadi lebih baik, bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka mahu walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka.

·         Bayi yang kini kanak-kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (Pincher grasp) untuk mengambil barang yang mereka mahu.

·         Kanak-kanak juga boleh menggunakan tiga jari (tripod grasp) untuk mengambil barang.

·         Kebolehan bertepuk tangan, bermain, membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanak-kanak dari usia 9-18 bulan. Kebolehan (Tripod Grasp) yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menggunakan pensil untuk menconteng.

 

4)      18 BULAN-5 TAHUN:

·         Pada umur 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya membuat pilihan/kecenderungan penggunaan tangan, sama ada tangan kanan/kiri.

·         Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah menjadikan mereka mampu untuk menyelak muka surat buku. Kanak-kanak juga mampu membina menara.

·         Kanak-kanak pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat suka melukis kerana mereka sudah boleh menghasilkan bentuk-bentuk yang mungkin memberi makna kepada mereka.

·         Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh menggunakan gunting dengan baik.

·         Koordinasi mata dengan tangan yang baik membolehkan kanak-kanak menguntai manik.

 

5)      5-7 TAHUN:

·         Pengawasan pensil yang baik berlaku pada usia ini.

·         Kanak-kanak mampu mencucuk benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga lukisan.

·         Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak pada usia ini.

·         Kanak-kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari (Pincher Grasp), tapi mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan (Pincher Grasp) dengan lebih baik.

·         Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun. Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.

 

CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK

1.      Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir, bijirin.


 

Rajah 28 : sumber dari google













2.      Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntingan-guntingan yang lebih rumit.



Rajah 29 : sumber dari google

 

3.      Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.


Rajah 30 : sumber dari google

 

4.      Aktiviti mengoyak kertas/surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor halus kanak-kanak.


Rajah 31 : sumber dari google

 

 









 

5.      Bermain permainan seperti “puppet” dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelingking

 Rajah 32 : sumber dari google

 

KEMAHIRAN MENULIS 

·         Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.

·         Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu.

·         Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. 

·         2 jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam PdP di sekolah. Pertama ialah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua kemahiran menulis mentalis.

·         Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan.

·         Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah ( Tahun 1-Tahun 3).

·         Kemahiran menulis secara mentalis pula adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita dan sebagainya.

·         Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.

·         Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.

 

PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGAJARAN MENULIS

·         Pengajaran kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj.Husin, 1988):

                      i.          Peringkat Pra-Menulis:

o    Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra-menulis sekiranya mereka sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.

o    Pada peringkat pra-menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

o    Selain itu, latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

o    Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991), kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis:

1)         Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang

2)         Menyambung titik-titik di atas kertas

3)         Melukis garis condong

4)         Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk

5)         Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

 

                     ii.         Peringkat Mendirikan Asas (Peringkat Mekanis):

o   Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memegang pencil (dari saiz besar ke saiz kecil) serta boleh duduk dengan betul untuk menulis dengan baik.

o   Pada awalnya, kanak-kanak membentuk huruf diatas kertas kosong yang tidak mempunyai garisan, latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal dan latihan menulis huruf di atas kertas bergaris bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

o   Seterusnya, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar seperti “a”: (ayam, ayah, adik)

 





Contoh Alat Tulis: 

sumber dari google  


 sumber dari google


Kemahiran Memegang Pensil dan Menulis:

sumber dari google


Contengan Yang Dihasilkan Kanak-Kanak:        

 sumber dari google

 

                    iii.        Peringkat Untuk Pelahiran (Mentalis):

👉   Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar.

👉   Melahirkan fikiran secara bertulis

👉   Kanak-kanak telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf/abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.

👉  Kanak-kanak menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri.

 

Aktiviti Penulisan Mentalis:  

            💙   Membina ayat bagi melengkapkan cerita.

  💙   Menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru

  💙   Meneka silang kata

 💙    Menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat

 💙     Menulis ayat mudah

  💙      Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan


  KEMAHIRAN MELUKIS 

·         Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibubapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. 

·         Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. 

·         Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. 

·         Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi (peniruan) alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.
 
a)      Melukis Sebagai Medium Komunikasi: 
 
o   Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. 
 
o   Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisis fikiran dan perasaan kanak-kanak. 
 
o   Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.
 
b)     Melukis Sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri: 
 
o   Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kapada kanak-kanak . 
 
o   Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. 
 
o   Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi (daya untuk memahami/mengetahuai sesuatu tanpa berfikir/tanpa belajar) kanak-kanak
 
c)      Melukis Untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem): 
 
o   Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. 
 
o   Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur.

o   Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

 
Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-Kanak: 

1)      Aspek Kognitif: 
 
§  Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
 
2)      Aspek Fizikal: 
 
§  Penggunaan alat dan bahan dalam PdP pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. 
 

3)      Aspek Kreativiti: 
 
§  Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka.
§  Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni mengutamakan proses berbanding dengan hasilan akhir.
§  Oleh itu, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal didalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

§  Selain itu, aktiviti pendidikan seni menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

 
4)      Aspek Persepsi: 

§  Melalui pelajaran seni visual, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. 

§  Pendidikan seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat disekeliling mereka.
  
 
5)      Aspek Sosial Dan Emosi: 
 
§  Pendidikan seni memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.

§  Aktiviti pendidikan seni memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi.

§  Mata pelajaran ini juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 
 

 


No comments:

Post a Comment