Thursday 3 December 2020

KEMAHIRAN MELUKIS

 

·         Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibubapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak.

·         Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka.

·         Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.

·         Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi (peniruan) alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

 

a)      Melukis Sebagai Medium Komunikasi:

o   Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.

o   Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisis fikiran dan perasaan kanak-kanak.

o   Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

 

b)     Melukis Sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri:

o   Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kapada kanak-kanak .

o   Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.

o   Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi (daya untuk memahami/mengetahuai sesuatu tanpa berfikir/tanpa belajar) kanak-kanak

 

c)      Melukis Untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem):

o   Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka.

o   Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur.

o   Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

 

Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-Kanak:

1)      Aspek Kognitif:

§  Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

 

2)      Aspek Fizikal:

§  Penggunaan alat dan bahan dalam PdP pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

 

3)      Aspek Kreativiti:

§  Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka.

§  Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni mengutamakan proses berbanding dengan hasilan akhir.

§  Oleh itu, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal didalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

§  Selain itu, aktiviti pendidikan seni menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

 

4)      Aspek Persepsi:

§  Melalui pelajaran seni visual, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria.

§  Pendidikan seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat disekeliling mereka.

 

5)      Aspek Sosial Dan Emosi:

§  Pendidikan seni memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.

§  Aktiviti pendidikan seni memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi.

§  Mata pelajaran ini juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

1 comment:

  1. Tahniah... banyak info yang bermanfaat. Untuk menjadikannya lebih ilmiah, nyatakan rujukan yang digunakan dalam penulisan anda supaya followers boleh refer bila mereka memerlukan maklumat lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete