Friday, 13 November 2020

JENIS-JENIS BUKU CERITA

 1)      Nursery Rhyme/Puisi:

·     Alunan nursery rhyme atau lagu kanak-kanak sebenarnya boleh menenangkan bayi.

·   Ianya juga seronok dibaca oleh ibu bapa kerana ia terdiri daripada bait-bait yang pendek serta mudah dihafal.

·    Buku ini boleh dihabiskan dalam 1-2 minit dan sangatlah sesuai dengan attention span (jangka masa perhatian) bayi yang pendek.

·  Irama yang dialunkan bersama dapat menarik perhatian bayi juga boleh menghilangkan stress ibu bapa.


Rajah 1 : sumber dari google

   2) Buku Bergambar:

·      Buku yang didalamnya mempunyai teks bacaan dan gambar-gambar yang mana kedua-duanya saling berkait satu sama lain untuk membentuk sebuah cerita yang menarik.

·  Menurut (McElmeel 2002), buku cerita bergambar mempunyai beberapa jenis dan karakter. Buku cerita bergambar ini mempunyai 6 jenis buku yang berbeza antaranya:

                                                          i.          Buku Fiksyen:

-    Buku yang menceritakan cerita khayalan, rekaan atau sesuatu yang tidak benar     terjadi.

-      Kategori yang termasuk dalam buku fiksyen ini ialah cerita haiwan, misteri, humor, dan cerita fantasi yang direka sesuai dengan imaginasi penulis.

                                                         ii.         Buku Bersejarah:

-  Buku yang berdasarkan suatu fakta atau kenyataan yang berlaku di masa lalu.

-   Buku ini meliputi kejadian yang sebenar, tempat atau watak yang merupakan bahagian dari sejarah.

                                                        iii.        Buku Informasi:

-         Buku-buku yang memberikan informasi fakta.

-   Buku informasi yang menyampaikan segala fakta dan apa sahaja yang berguna untuk menambahkan ilmu keterampilan, wawasan dan juga penyediaan teori dalam batas yang tertentu bagi kanak-kanak.

                                                        iv.        Buku Biografi:

-  Kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang bermula dari kelahirannya sehingga kematiannya.

                                                         v.         Buku Cerita Rakyat:

-     Merupakan cerita atau kisah yang bersumberkan dari masyarakat yang hidup di masa lampau.

                                                        vi.        Buku Kisah Nyata:

-     Berfokus pada peristiwa yang sebenarnya berlaku dari sebuah situasi atau peristiwa.

·         Menurut Sutherland (2009), ciri-ciri buku cerita adalah seperti berikut:

1)      Buku cerita bersifat ringkas dan hidup

2)      Buku cerita bergambar mengandungi konsep bersiri

3)      Konsep yang ditulis dapat difahami oleh kanak-kanak

4)      Gaya penulisan yang sederhana

5)      Terdapat ilustrasi yang dapat melengkapi teks



Rajah 2 : sumber dari google




 3) Buku Dengan Gambar Bayi:

·         Buku yang mempunyai gambar-gambar bayi yang seusia dengan mereka.

·         Kebanyakkan bayi memang sangat gemar melihat bayi yang lain tidak kiralah sama ada melihatnya melalui gambar pada buku, melalui iklan di televisyen atau melihatnya secara berdepan.

·         Ibu bapa boleh menggunakan wajah bayi yang ada pada buku itu untuk mempamerkan emosi atau melakukan aktiviti tertentu yang boleh dikaitkan dengan diri bayi tersebut. 


                                                                               Rajah 3 : sumber dari google


4) Buku Cloth/Board Books:

·    Buku yang diperbuat daripada kain atau kertas keras yang amat sesuai untuk kegunaan bayi.

·       Buku ini direka agar tahan lama dan ia dapat menggalakkan bayi untuk meneroka dengan mendalam “Apakah benda ini?” “Bagaimana rasanya?” “Bagaimana nak buka mukasuratnya?” “Bagaimana mengangkatnya?”.

·    Buku ini tidak akan mudah rosak atau koyak kerana materialnya yang senang untuk dijaga dan paling penting sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.


Rajah 4 : sumber dari google


5) Buku Cerita Tanpa Perkataan

·   Buku cerita bergambar adalah buku yang berisi cerita yang dilengkapi gambar ilustrasi cerita tersebut. 
 
·  Kebiasaannya, cerita yang terkandung dalam buku cerita bergambar adalah cerita yang mengajarkan kanak-kanak sesuatu perkara. Contohnya, mesti patuh kepada ibubapa, gosok gigi sebelum  tidur. 
 
·  Buku cerita tanpa perkataan adalah sesuatu yang sangat fleksibel dan sesuai untuk minda kreatif.  
 
· Gambar pada buku cerita bergambar ini bertujuan untuk memberikan imaginasi/gambaran visual kepada kanak-kanak.


Rajah 5 : sumber dari google

Rajah 6 : sumber dari google

Rajah 7 : sumber dari google


6) Buku Soal Jawab:

·   Buku jenis ini mempunyai soalan yang berulang/mempunyai jalan cerita yang boleh diagak

·        Contoh: Brown Bear, Brown Bear, What Do You See?

·    Pengulangan membantu mengasah memori kanak-kanak disamping membantu mereka meneka apa yang berlaku seterusnya.

·    Dengan cara ini, kanak-kanak boleh menjawab soalan dan menyertai aktiviti bercerita bersama-sama.

Rajah 8 : sumber dari google

7) Buku Interaktif:

·     Mampu merangsang deria bayi dengan menggalakkan proses sentuhan. Buku ini berbeza dengan bahan bacaan biasa.

·   Pelbagai tekstur yang disentuh oleh bayi menambahkan lagi keseronokan disamping membina kemahiran motornya.

·         Apabila bayi sudah semakin besar, pilih buku jenis selak/ lift-the-flap agar kanak-kanak boleh bermain “cak” dan menguji mindanya mencari benda yang tersembunyi.

Rajah 9 : sumber dari google

No comments:

Post a Comment