Wednesday 11 November 2020

PENGENALAN SASTERA AWAL KANAK-KANAK

 · Sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku/bahan bacaan dan cerita. (Hadijah Rahmat 2006) 
 
· Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang warna-warni dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyakkan untuk menarik minat kanak-kanak membaca. 
 
· Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihat pelbagai jenis buku, ditunjukkan cara-cara menjaga buku dan mengumpul buku pelbagai warna. 
 
· Sastera kanak-kanak mempunyai tafsiran yang agak luas dan umum. Karya puisi, novel, drama, segala bentuk penerbitan dan penulisan yng memberikan manfaat kepada kanak-kanak merupakan sastera kanak-kanak. Buku pendidikan dan pengetahuan am juga salah satu sastera kanak-kanak. (Md. Sidin Ahmad Ishak 2005). 
 
· Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. 
 
· Sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mampu timbulkan keseronokan kepada kanak-kanak untuk membaca dan menghayati cerita-cerita dalam buku tersebut. (Ani Omar, 2012). 
 
· Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenalpasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. 
 
· Sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat bantu kanak-kanak mengenal dan memahami diri sendiri, memahami bahasa secara semulajadi, membantu mendapatkan maklumat dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment