SASTERA AWAL KANAK-KANAK

 PENGENALAN 

 · Sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku/bahan bacaan dan cerita. (Hadijah Rahmat 2006) 
 
· Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang warna-warni dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyakkan untuk menarik minat kanak-kanak membaca. 
 
· Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihat pelbagai jenis buku, ditunjukkan cara-cara menjaga buku dan mengumpul buku pelbagai warna.  
 
· Sastera kanak-kanak mempunyai tafsiran yang agak luas dan umum. Karya puisi, novel, drama, segala bentuk penerbitan dan penulisan yng memberikan manfaat kepada kanak-kanak merupakan sastera kanak-kanak. Buku pendidikan dan pengetahuan am juga salah satu sastera kanak-kanak. (Md. Sidin Ahmad Ishak 2005). 
 
· Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. 
 
· Sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mampu timbulkan keseronokan kepada kanak-kanak untuk membaca dan menghayati cerita-cerita dalam buku tersebut. (Ani Omar, 2012). 
 
· Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenalpasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. 
 
· Sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat bantu kanak-kanak mengenal dan memahami diri sendiri, memahami bahasa secara semulajadi, membantu mendapatkan maklumat dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.


 JENIS-JENIS BUKU CERITA

 1)      Nursery Rhyme/Puisi:

·   Alunan nursery rhyme atau lagu kanak-kanak sebenarnya boleh menenangkan bayi.

·    Ianya juga seronok dibaca oleh ibu bapa kerana ia terdiri daripada bait-bait yang pendek serta mudah dihafal.

·  Buku ini boleh dihabiskan dalam 1-2 minit dan sangatlah sesuai dengan attention span (jangka masa perhatian) bayi yang pendek.

·   Irama yang dialunkan bersama dapat menarik perhatian bayi juga boleh menghilangkan stress ibu bapa.


Rajah 1

   2) Buku Bergambar:

·    Buku yang didalamnya mempunyai teks bacaan dan gambar-gambar yang mana kedua-duanya saling berkait satu sama lain untuk membentuk sebuah cerita yang menarik.

·     Menurut (McElmeel 2002), buku cerita bergambar mempunyai beberapa jenis dan karakter. Buku cerita bergambar ini mempunyai 6 jenis buku yang berbeza antaranya:

                                                          i.          Buku Fiksyen:

-    Buku yang menceritakan cerita khayalan, rekaan atau sesuatu yang tidak benar     terjadi.

-      Kategori yang termasuk dalam buku fiksyen ini ialah cerita haiwan, misteri, humor, dan cerita fantasi yang direka sesuai dengan imaginasi penulis.

                                                         ii.         Buku Bersejarah:

-    Buku yang berdasarkan suatu fakta atau kenyataan yang berlaku di masa lalu.

-   Buku ini meliputi kejadian yang sebenar, tempat atau watak yang merupakan bahagian dari sejarah.

                                                        iii.        Buku Informasi:

-         Buku-buku yang memberikan informasi fakta.

-     Buku informasi yang menyampaikan segala fakta dan apa sahaja yang berguna untuk menambahkan ilmu keterampilan, wawasan dan juga penyediaan teori dalam batas yang tertentu bagi kanak-kanak.

                                                        iv.        Buku Biografi:

-   Kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang bermula dari kelahirannya sehingga kematiannya.

                                                         v.         Buku Cerita Rakyat:

-     Merupakan cerita atau kisah yang bersumberkan dari masyarakat yang hidup di masa lampau.

                                                        vi.        Buku Kisah Nyata:

-       Berfokus pada peristiwa yang sebenarnya berlaku dari sebuah situasi atau peristiwa.

·         Menurut Sutherland (2009), ciri-ciri buku cerita adalah seperti berikut:

1)      Buku cerita bersifat ringkas dan hidup

2)      Buku cerita bergambar mengandungi konsep bersiri

3)      Konsep yang ditulis dapat difahami oleh kanak-kanak

4)      Gaya penulisan yang sederhana

5)      Terdapat ilustrasi yang dapat melengkapi teks



Rajah 2




 3) Buku Dengan Gambar Bayi:

·         Buku yang mempunyai gambar-gambar bayi yang seusia dengan mereka.

·      Kebanyakkan bayi memang sangat gemar melihat bayi yang lain tidak kiralah sama ada melihatnya melalui gambar pada buku, melalui iklan di televisyen atau melihatnya secara berdepan.

·  Ibu bapa boleh menggunakan wajah bayi yang ada pada buku itu untuk mempamerkan emosi atau melakukan aktiviti tertentu yang boleh dikaitkan dengan diri bayi tersebut. 


                                                                               Rajah 3


4) Buku Cloth/Board Books:

·  Buku yang diperbuat daripada kain atau kertas keras yang amat sesuai untuk kegunaan bayi.

·       Buku ini direka agar tahan lama dan ia dapat menggalakkan bayi untuk meneroka dengan mendalam “Apakah benda ini?” “Bagaimana rasanya?” “Bagaimana nak buka mukasuratnya?” “Bagaimana mengangkatnya?”.

·     Buku ini tidak akan mudah rosak atau koyak kerana materialnya yang senang untuk dijaga dan paling penting sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.


Rajah 4


5) Buku Cerita Tanpa Perkataan
·   Buku cerita bergambar adalah buku yang berisi cerita yang dilengkapi gambar ilustrasi cerita tersebut. 
 
·  Kebiasaannya, cerita yang terkandung dalam buku cerita bergambar adalah cerita yang mengajarkan kanak-kanak sesuatu perkara. Contohnya, mesti patuh kepada ibubapa, gosok gigi sebelum  tidur. 
 
·  Buku cerita tanpa perkataan adalah sesuatu yang sangat fleksibel dan sesuai untuk minda kreatif.  
 
· Gambar pada buku cerita bergambar ini bertujuan untuk memberikan imaginasi/gambaran visual kepada kanak-kanak.


Rajah 5
Rajah 6
Rajah 7


6) Buku Soal Jawab:

·   Buku jenis ini mempunyai soalan yang berulang/mempunyai jalan cerita yang boleh diagak

·     Contoh: Brown Bear, Brown Bear, What Do You See?

· Pengulangan membantu mengasah memori kanak-kanak disamping membantu mereka meneka apa yang berlaku seterusnya.

· Dengan cara ini, kanak-kanak boleh menjawab soalan dan menyertai aktiviti bercerita bersama-sama.

Rajah 8

7) Buku Interaktif:

·     Mampu merangsang deria bayi dengan menggalakkan proses sentuhan. Buku ini berbeza dengan bahan bacaan biasa.

·   Pelbagai tekstur yang disentuh oleh bayi menambahkan lagi keseronokan disamping membina kemahiran motornya.

·         Apabila bayi sudah semakin besar, pilih buku jenis selak/ lift-the-flap agar kanak-kanak boleh bermain “cak” dan menguji mindanya mencari benda yang tersembunyi.

Rajah 9



SASTERA MELAYU TRADISIONAL : SASTERA RAKYAT

 Sastera Melayu Tradisional terbahagi kepada dua :

1. PROSA

2. PUISI


APA ITU PROSA ?

    Prosa tergolong dalam sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji (percaya kepada mimpi - kesaktian - unsur pengembaraan - kayangan - alam ghaib), sastera epik (cerita wira - tokoh), sastera sejarah, cerita nabi dan tokoh islam, sastera kitab, undang-undang ketatanegaraan dan kepustakaan ilmu tradisional. 


DEFINISI SASTERA RAKYAT

    Menurut Haron Mat Pilah (2000), sastera rakyat adalah hasil sastera milik sesuatu kumpulan masyarakat yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain secara lisan. Istilah sastera lisan pula seringkali disamakan pengertiannya dengan folklore. 


CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

💡 Penyebaran dan pewarisan biasanya dilakukan secara lisan

💡 Bersifat tradisional, iaitu hidup dalam suatu kebudayaan dalam waktu tidak kurang daripada dua generasi dan bentuk relatif yang tetap.

💡 Oleh kerana sifat kelisanannya, sastera rakyat wujud dalam pelbagai versi. Walaubagaimanapun, perbezaan versi ini cuma berlaku pada bahagian luaran sahaja, dasarnya tetap bertahan.

💡 Pencipta sastera rakyat ini tidak diketahui. oleh itu, iai menjadi milik bersama masyarakatnya.

💡 Mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakat atau kebudayaannya. Misalnya sebagai alat pendidikan, alat pengajaran moral, hiburan, protes sosial dan sebagainya.

💡 Mempunyai logika tersendiri yang tidak sesuai dengan logika umu.

💡 Bersifat sederhana dan seadanya, terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar, seperti yang terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka. 


JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT (BERBENTUK CERITA)

 1. CERITA BINATANG

Cerita rakyat adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak utama. Watak bintang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-kata, berfikir dan bertindak seperti manusia.

Cerita binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. Cerita Binatang Asal Usul 

Cerita ini mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya Cerita Mengapa Harimau, Mengapa Gagak Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa Hilang Bisa, Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya. 

2. Cerita Binatang Fable (pengajaran)

Cerita ini berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing Dengan Bayang-bayang, Cerita Kera dengan Kura-Kura, Cerita Bangau Dengan Ketam dan sebagainya. 

3. Cerita Epik Binatang (beast epic)

Cerita ini seperti Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat Sang Kancil


2. CERITA JENAKA 

Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur jenaka atau lucu yang boleh menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati pendengarnya. Watak-watak cerita jenaka diberikan sifat dan peranan yang kelakar. 

Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1. Cerita Jenaka Tempatan

contoh cerita : 

Cerita Pak Pandir, Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.

2. Cerita Jenaka Pengaruh Asing

contoh cerita :

Cerita Mat Jenin (Hindu), Cerita Musang Berjanggut dan Cerita Abu Nawas (Arab/Parsi/Islam)


*Kelucuan ditimbulkan oleh watak kerana kebodohannya.


3. CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita Penglipur Lara ialah cerita rakyat yang popular. Cerita ini mempunyai unsur-unsur percintaan putera-puteri Raja diikuti dengan pengembaraan, perperangan dan berakhir dengan kegembiraan (happy-ending)

Cerita ini disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang biasanya akan diiringi dengan alat-alat muzik tradisional seperti rebab, belanga, selampit dan lain-lain. 

Struktur cerita penglipur lara ini bermula dengan kelahiran, pengembaraan & penyelesaian .

Antara cerita-cerita penglipur lara yang telah ditulis sebagai buku cerita kanak-kanak ialah :

1. Puteri Gunung Ledang

2. Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang

3. Raja Bersiung


4. CERITA TELADAN

Cerita Teladan bermaksud cerita yang mempunyai unsur-unsur pendidikan, pengajaran dan memberi teladan. Pengajaran dan pendidikan tersebut biasanya lebih tertumpu kepada kanak-kanak dan kebanyakannya merupakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan hidup sosial, budaya atau agama. 

Cerita Teladan mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka.

Antara cerita-cerita teladan yang diterbitkan dalam bentuk buku cerita kanak-kanak ialah :

1. Si Tanggang

2. Batu Belah Batu Bertangkup

3. Bawang Putih Bawang Merah.


5. CERITA MITOS

Cerita Mitos adalah cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci.Watak-watak tang terlibat dalam Mitos adalah orang halus, dewa atau separuh dewa. Peristiwa yang diceritakan pula terjadi pada masa lampau dan bukannya di dunia kini. Cerita Mitos ini juga dikenali sebagai cerita asal usul kerana cuba menjelaskan sesuatu kejadian seperti tabiat sesuatu hawian, asal usul sesuatu tempat.

6. CERITA LAGENDA

Cerita mengenai manusia yang adakalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa dan dibantu oleh kuasa atau mahkluk ajaib

Cerita-cerita lagenda dipercayai benar-benar terjadi tetapi tidak dianggap suci.

Cerita lagenda wujud apabila ada tokoh atau tempat atau kejadian yang dianggap berharga oleh masyarakat setempat. Oleh itu, ianya diabadikan sebagai satu lagenda.

Antara contoh cerita lagenda yang dibukukan sebagai buku cerita kanak-kanak :

1. Hang Tuah Diuji

2. Lagenda Batu Kawa

3. Naga Berkepala Tujuh 

 

PUISI KESUSASTERAAN AWAL KANAK-KANAK

   APA ITU PUISI ?

👉       Dato’ Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali dengan Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai khusus digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

👉       Seterusya, beliau berkata bahawa karangan berangkap ini ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang dikerat-kerat, dan antara setiap kerat itu mempunyai irama atau isinya yang berkaitan serta kebanyakannya mempunyai jumlah perkataan tertentu.

 

👉    Karangan ini terikat kepada :

❤ Bentuk yang khusus dan tetap 

❤ Jumlah baris dalam rangkap  

 Rima dan irama 

❤ Jumlah suku kata







Memilih puisi yang positif dan bermanfaat untuk kanak-kanak

Kanak-kanak mempelajari bahasa dan membuatkan mereka mempunyai perasaan

Puisi kaya dengan idea dan perasaan

Belajar bahawa orang mempunyai cara penerimaan berbeza terhadap puisi

Mempunyai bait-bait yang kuat, puisi jenaka atau cerita puisi



JENIS-JENIS PUISI

   1. PANTUN

     Pantun ialah sejenis puisi melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Berdasarkan kajian, pantun membawa maksud yang merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau kelakuan yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila dalam kesusasteraan melayu.

 

CIRI-CIRI PANTUN :-

a. Rangkap yang berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea

b.  Rangkap terbina daripada baris yang berpasangan, contohnya 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat dan 12 kerat. 

c. Jumlah perkataan bagi setiap baris antara 3 hingga 5 patah.

d. Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar 8 hingga 12 suku kata.

e. Skema rima ditengah dan hujung adalah berjajar berselangan, iaitu ab:ab. Ada juga skema ringan yang sama iaitu aa:aa.

f. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pembayang dan maksud pembayang.

g. Pantun yang baik mempunyai hubungan dan idea dan wacana antara pembayang dengan maksud.


JENIS-JENIS PANTUN :-

📍 Pantun Kanak-Kanak

contoh : 

Timang tinggi-tinggi,

Sampai cucur atap,

Belum tumbuh gigi, 

Pandai baca kitab. 

 

📍 Pantun Cinta dan Kasih Sayang

contoh : 

 Ada harta tidak terjaga,

                                                Ada peti tidak berkunci,

                                        Bahana cinta anak remaja,

                                               Sekejap kasih sekejap benci.


📍 Telatah dan Cerita Hidup Rakyat

 contoh :

 Apa diharap padi seberang,

Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang, 

Apa diharap kekasih orang,

Entah bercerai entah tidak,

Entah makin bertambah sayang.

 

📍 Pantun Teka-Teki

contoh :

Kalau tuan bawa keladi,

Bawakan juga si pucuk rebung,

Kalau tuan bijak bestari,

Binatang apa tanduk dihidung ? 

 

📍 Pantun Budi

contoh :

Bunga cina di atas batu,

Daunnya lepas ke dalam ruang,

Adat budaya tidak berlaku,

Sebabnya emas budi terbuang. 

 

📍 Pantun Nasihat, Agama dan Adat

Burung Kenek-Kenek,

Terbang atas Pagar, 

Pesan Datuk Nenek,

Rajin-Rajinlah Belajar. 

 

2. SYAIR

    Syair ialah bentuk puisi tradisional ciptaan orang Melayu yang dipengaruhi oleh Arab dan Parsi. Ia merupakan sejenis puisi yang berlagu. Dalam puisi melayu taradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri ( Syair Burung Punggak, Syair Perahu ) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama islam.


CIRI-CIRI SYAIR :-

1. Empat baris serangkap.

2. Jumlah perkataan dalam setiap baris 3 hingga 5 patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris 8 hingga 12 suku kata.

3. Tergolong dalam jenis puisi kata

4. Skema rima hujungnya sama iaitu aa:aa

5. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.

6. Tidak mempunyai pembayang maksud.


CONTOH SYAIR :

Rajah 10


3. GURINDAM  

        Gurindam ialah sejenis puisi melayu tradisional yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui " Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat 2 jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu terikat dan tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada 2 baris serangkap yang mengandungi 3 hingga 4 patah perkataan dengan skema rima aa:aa. Manakala bentuk yang tidak terikat pula mengandungi jumlah baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanyaa bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. 


CIRI-CIRI GURINDAM :-

1. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.

2. Lazimnya terdiri daripada 2 baris serangkap.

3. Skema rima hujung adalah sama iaitu aa:aa.

4. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua)


CONTOH GURINDAM :

 

Rajah 11

 

4. SELOKA

    Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka. Dalam bahasa melayu, seloka membawa maksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka ialah puisi yang tertua dalam kesusasteraan melayu. Seloka ini datang ke alam melayu bersama-sama perkembangan agama hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka. Ia merupakan puisi melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.

 

CIRI-CIRI SELOKA :-

1. Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.

2. Terbahagi kepada pembayang dan juga maksud.

3. Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

4. Diguna untuk menyindir sambil mengajar.

 

CONTOH SELOKA : 

 

Rajah 12



 


No comments:

Post a Comment