Monday, 7 December 2020

PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI

Istilah kebersihan diri merangkumi penjagaan kesiahatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan tangan. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Selain itu, seseorang akan berasa selesa tentang dirinya dan orang lain juga akan berasa selesa apabila bergaul dengan kita.

 

Antara penjagaan kebersihan diri ialah:

                                  i.     PENJAGAAN GIGI

Amatlah penting seseorang mendapat rawatan pemeriksaan gigi. Seseorang perlu menggosok gigi dengan berkesan untuk menghindar dari plaque. Amalan menggosok gigi susu seharusnya bermula dari peringkat gigi susu lagi, iaitu dengan menggunakan tuala lembut pada gigi kanak-kanak.

 

Cara menggunakan ubat gigi berflourida

·  Untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah, gunakan secalit ubat gigi berflourida.

·   Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang pea bagi kanak-kanak yang umur 4 tahun.

·       Pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi.

· Kanak-kanak perlu diajar untuk meludah dan kumur selepas memberus gigi.

Cara untuk ibu bapa atau penjaga

·   Ibu bapa atau penjaga haruslah awasi anak-anak dan membantu memberus gigi sehingga umur meningkat 6-8 tahun walaupun anak sudah pandai memberus gigi sendiri.

·      Gunakan berus gigi kecil yang sesuai dengan mulut anak.

Memberus ubat gigi dengan ubat gigi boleh:

·     Menguatkan semula enemal pada gigi.

·     Mencegah penyakit gusi.

·     Mengelak daripada karies gigi.

·     Menyegarkan penafasan.

·     Mengelak daripada kerosakan gigi.

Apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan gigi?

·     Makan makanan yang sihat dan berkhasiat

·     Kurangkan makan makanan yang manis seperti gula-gula dan cokolat kerana boleh kerosakan pada gigi

·     Dapatkan pemeriksaan di klinik gigi yang berdekatan

·     Rajin berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam selepas makan.

 

                                ii.      RAMBUT

Cara menjaga rambut:

·         Bersihkan rambut 2 kali sehari

·         Kerap menyikat rambut

·         Elak berkongsi barang dengan orang lain seperti sikat rambut

·         Guna syampu yang sesuai dengan rambut.

Antara kesannya: kutu di kepala, kelemumur, keguguran rambut dan rambut berbau.

 

                             iii.             TELINGA

Telinga adalah salah satu anggota badan yang sering diabaikan. Hal ini kerana sikap individu yang terlupa atau merasakan penjagaan kebersihan telinga merupakan sesuatu yang rumit.

 

Cara menjaga kebersihan atau kesihatan telinga:

·     Membersihkan telinga haruslah dilakukan secara rutin supaya kotoran telinga tidak melekat dan mengganggu pendengaran.

·     Selepas mandi, bersihkan bahagian luar dengan menggunakan kain atau kapas basah dan bersihkan dalam telinga menggunakan kapas bersih.

·      Untuk mengelak daripada menggunakan kapas, gunakan ubat titisan telinga untuk menyingkirkan kotoran pada telinga.

·   Jauhkan telinga dari bunyi yang kuat kerana hal ini akan menyebabkan permasalahan pendengaran.

·       Melakukan pemeriksaan telinga pada doktor telinga.

 

                              iv.             PENJAGAAN KAKI DAN TANGAN

Tangan lebih banyak menyentuh makanan berbanding dengan anggota badan yang lain. Sangatlah penting bagi kita mencuci tangan secara sempurna dengan menggunakan air dan sabun. Cuci keseluruhan bahagian tangan dan pergelangan di bawah cucuran air. Tangan harus dikeringkan dengan sempurna, sekurang-kurangnya menggunakan tisu atau pengering udara panas. Membasuh tangan dan kaki selepas melakukan aktiviti dan rutin harian. Seterusnya, kita haruslah memotong kuku kaki dan tangan dengan betul.

 

Rajah 13 : sumber dari google 


Rajah 14 : sumber dari google

 

Ada 7 langkah mencuci tangan dengan betul:

i.    Basahkan tangan dan ratakan sabun

ii.   Gosok kedua-dua tangan

iii.  Gosok pada setiap jari dan celah jari

iv.  Gosok dengan kuku di tapak tangan

v.    Gosok belakang tangan dan celah jari

vi.Basuh tangan dengan air bersih secukupnya

vii. Keringkan tangan dengan tisu.

 

Rajah 16 : sumber dari google


No comments:

Post a Comment