PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI
Istilah kebersihan diri merangkumi penjagaan kesiahatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan tangan. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Selain itu, seseorang akan berasa selesa tentang dirinya dan orang lain juga akan berasa selesa apabila bergaul dengan kita.
Antara penjagaan kebersihan diri ialah:
i. PENJAGAAN GIGI
Amatlah penting seseorang mendapat rawatan pemeriksaan gigi. Seseorang perlu menggosok gigi dengan berkesan untuk menghindar dari plaque. Amalan menggosok gigi susu seharusnya bermula dari peringkat gigi susu lagi, iaitu dengan menggunakan tuala lembut pada gigi kanak-kanak.
Cara menggunakan ubat gigi berflourida
· Untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah, gunakan secalit ubat gigi berflourida.
· Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang pea bagi kanak-kanak yang umur 4 tahun.
· Pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi.
· Kanak-kanak perlu diajar untuk meludah dan kumur selepas memberus gigi.
Cara untuk ibu bapa atau penjaga
· Ibu bapa atau penjaga haruslah awasi anak-anak dan membantu memberus gigi sehingga umur meningkat 6-8 tahun walaupun anak sudah pandai memberus gigi sendiri.
· Gunakan berus gigi kecil yang sesuai dengan mulut anak.
Memberus ubat gigi dengan ubat gigi boleh:
· Menguatkan semula enemal pada gigi.
· Mencegah penyakit gusi.
· Mengelak daripada karies gigi.
· Menyegarkan penafasan.
· Mengelak daripada kerosakan gigi.
Apakah yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan gigi?
· Makan makanan yang sihat dan berkhasiat
· Kurangkan makan makanan yang manis seperti gula-gula dan cokolat kerana boleh kerosakan pada gigi
· Dapatkan pemeriksaan di klinik gigi yang berdekatan
· Rajin berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam selepas makan.
ii. RAMBUT
Cara menjaga rambut:
· Bersihkan rambut 2 kali sehari
· Kerap menyikat rambut
· Elak berkongsi barang dengan orang lain seperti sikat rambut
· Guna syampu yang sesuai dengan rambut.
Antara kesannya: kutu di kepala, kelemumur, keguguran rambut dan rambut berbau.
iii. TELINGA
Telinga adalah salah satu anggota badan yang sering diabaikan. Hal ini kerana sikap individu yang terlupa atau merasakan penjagaan kebersihan telinga merupakan sesuatu yang rumit.
Cara menjaga kebersihan atau kesihatan telinga:
· Membersihkan telinga haruslah dilakukan secara rutin supaya kotoran telinga tidak melekat dan mengganggu pendengaran.
· Selepas mandi, bersihkan bahagian luar dengan menggunakan kain atau kapas basah dan bersihkan dalam telinga menggunakan kapas bersih.
· Untuk mengelak daripada menggunakan kapas, gunakan ubat titisan telinga untuk menyingkirkan kotoran pada telinga.
· Jauhkan telinga dari bunyi yang kuat kerana hal ini akan menyebabkan permasalahan pendengaran.
· Melakukan pemeriksaan telinga pada doktor telinga.
iv. PENJAGAAN KAKI DAN TANGAN
Tangan lebih banyak menyentuh makanan berbanding dengan anggota badan yang lain. Sangatlah penting bagi kita mencuci tangan secara sempurna dengan menggunakan air dan sabun. Cuci keseluruhan bahagian tangan dan pergelangan di bawah cucuran air. Tangan harus dikeringkan dengan sempurna, sekurang-kurangnya menggunakan tisu atau pengering udara panas. Membasuh tangan dan kaki selepas melakukan aktiviti dan rutin harian. Seterusnya, kita haruslah memotong kuku kai dan tangan dengan betul.
Rajah 13 : sumber dari google
Rajah 14 : sumber dari google
Ada 7 langkah mencuci tangan dengan betul:
i. Basahkan tangan dan ratakan sabun
ii. Gosok kedua-dua tangan
iii. Gosok pada setiap jari dan celah jari
iv. Gosok dengan kuku di tapak tangan
v. Gosok belakang tangan dan celah jari
vi. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
vii. Keringkan tangan dengan tisu.
Rajah 15 : sumber dari google
LATIHAN KESELAMATAN : PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia juga merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.
Punca kemalangan berlaku:
· Kejahilan
· Kelalaian dan kecuaian
· Mabuk
· Kepenatan
· Keadaan persekitaran yang boleh mengancam kesihatan
· Tidak mematuhi lampu isyarat
· Memandu lawan araH
Tujuan pertolongan cemas :
1) Menjadikan mangsa lebih selesa
2) Menyelamat nyawa pesakit
3) Mengawal pendarahan
4) Membantu keadaan yang melibatkan nyawa
5) Elak daripada terkena jangkitan
Perancangan bantuan kecemasan:
Ä Mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan
Ä Dapatkan borang persetujuan daripada ibu bapa
Ä Mendapatkan Latihan pertolongan cemas daripada pihak tertentu
Ä Mendapat borang persetujuan daripada ibu bapa
Prinsip-prinsip pertolongan cemas
1. Menyelamatkan nyawa mangsa
2. Mengelakkan komplikasi atau keadaan
3. Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin
4. Jangan terlalu panik dan perlu bertenang
5. Jika mengesyaki ada bahagian anggota tangan yang patah, jangan gerakkan mangsa tersebut
6. Latihan kecemasan haruslah dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Antara prosedur yang perlu diikuti semasa latihan kebakaran ialah:
a) Pastikan kawasan lapang yang agak jauh dari luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul.
b) Sediakan plan arah laluan ke tempat tersebut.
c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak secara tenang jika berlaku kecemasan.
- Apakah langkah bantuan awal?
Langkah 1: cuba hentikan kebakaran
Langkah 2: sejukkan bahagian anggota badan yang terbakar selama 20 minit untuk mengurangkan kepanasan.
Langkah 3: tentukan ia tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.
Langkah 4: pastikan mangsa masih bernafas dan awasinya. Selimutkan mangsa dengan kain bash dan hanter mangsa ke hospital.
- Menguruskan kecedaraan luar biasa.
1. Membantu mangsa (kanak-kanak) melecur:
Defenisi: merupakan kecedaraan tisu kerana haba terlalu panas, terlalu sejuk atau bahan kimia dan radiasi.
Terdapat 3 tahap kecederaan:
Tahap 1: bahagian luar kulit sahaja. Kemerahan dan mengelembung.
Tahap 2: kecederaan sampai ke tisu dan otot berwarna putih.
Tahap 3: terbakar sampai ke tulang dan warna seperti kehitaman seperti arang.
LATIHAN PENGURUSAN DIRI : PENCEGAHAN DENGGI
APA ITU DEMAM DENGGI ?
👉 Demam denggi ialah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia pada setiap tahun.
Terdapat 2 jenis demam denggi:
1. Demam denggi biasa
2. Demam denggi berdarah
TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI
1. Demam panas
2. Sakit kepala
3. Sakit tulang belakang
4. Sakit sendi-sendi
5. Loya dan muntah
6. Sakit biji mata
7. Ruam dan gatal.
DEMAM DENGGI BERDARAH
👉 Tanda-tanda:
1. Mudah lebam
2. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang membawa maut.
APAKAH RAWATAN YANG PERLU DIAMBIL ?
👉Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
1. Luangkan 10 minit setiap hujung minggu, cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
2. Membuang bekas yang boleh menakung air.
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup.
4. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali.
5. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
6. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
7. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
8. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
9. Sapukan krim nyamuk pada anggota badan yang terdedah kepada gigitan nyamuk.
10. Pakai baju berwarna cerah dan berlengan Panjang dan seluar sewaktu keluar rumah.
11. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyampuk elektrik di kawasan tertutup.
LATIHAN KESELAMATAN : LATIHAN KEBAKARAN
DEFINISI :Satu latihan bagi menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran melalui pintu dan tangga yang ditetapkan ke tempat yang selamat. Biasanya, sistem kecemasan berbunyi dan bangunan dipindahkan seolah-olah kebakaran sebenar telah berlaku.Masa yang diperlukan untuk berpindah diukur bagi memastikan ia berlaku dalam jangka masa yang munasabah, dan masalah dengan sistem kecemasan atau prosedur pemindahan dikenal pasti untuk diperbaiki.
OBJEKTIF :
Mendapatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai garis panduan dan tatacara melepaskan diri apabila berlaku kebakaran.
FAKTOR KEBAKARAN :
1. Bahan mudah terbakar (bahan padat, cair atau gas)2. Panas (suhu)3. Oksigen (o2)
CARA MENCEGAH KEBAKARAN
1. KESELAMATAN DI DAPURa. Berikan sepenuh tumpuan ketika memasak.b. Pastikan dapur bersih dan tudak berminyak.c. Tidak memasak dalam keadaan letih atau mengantuk.2. RUANG ALAT PEMANASLetakkan alat-alat pemanas pada jarak 3 kaki atau 1 meter daripada sebarang benda-benda yang mudah terbakar.3. MANCIS DAN PEMETIK APIPastikan bahan-bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan di tempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak.4. ELEKTRIKa. Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal.b. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas.
5. LILINSemasa menggunakan lilin, pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin.
CARA MENYELAMATKAN DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN
1. PERANCANGAN UNTUK MELEPASKAN DIRI
Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri daripada sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.2. MERANGKAP DI DALAM ASAPCara yang betul bagi menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, :a. Merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, siku dan lutut.b. Pastikan kepala anda berada pada aras 30-60 cm (kurang dari 2 kaki) dari atas lantai
No comments:
Post a Comment