Wednesday, 25 November 2020

KEMAHIRAN MOTOR HALUS


·         Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, jari-jari kaki, bibir dan lidah.

·         Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

·         Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri.

·         Seperti kanak-kanak berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun pula, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut sendiri.

·         Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan “dexterity” (ketangkasan).

·         Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak.

·         Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.

 

 PERKEMBANGAN MOTOR HALUS MENGIKUT UMUR:

1)      1-6 BULAN:

·         Pada umur 1-6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek yang hadir dalam pandangan mereka.

·         Bayi juga boleh memberi perhatian kepada ibubapa/orang dewasa yang menjaganya.

·         Bayi juga mampu merenung kepada cahaya yang terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi. Beberapa tindak balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi.

·         Bayi juga boleh mengikut pergerakan objek yang lalu dihadapan mereka.

2)      6-9 BULAN:

·         Bayi sangat peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka, namun perhatian mereka terhadap objek akan hilang sekiranya objek itu hilang dari pandangan mereka/perhatian mereka telah beralih kepada rangsangan yang lain.

·         Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut, kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang lagi satu.

·         Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk kea rah sesuatu yang mereka mahu/sesuatu yang menarik perhatian mereka.

 

3)      9-18 BULAN:

·         Penumpuan bayi terhadap perkara/objek yang menarik perhatian mereka akan menjadi lebih baik, bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka mahu walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka.

·         Bayi yang kini kanak-kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (Pincher grasp) untuk mengambil barang yang mereka mahu.

·         Kanak-kanak juga boleh menggunakan tiga jari (tripod grasp) untuk mengambil barang.

·         Kebolehan bertepuk tangan, bermain, membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanak-kanak dari usia 9-18 bulan. Kebolehan (Tripod Grasp) yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menggunakan pensil untuk menconteng.

 

4)      18 BULAN-5 TAHUN:

·         Pada umur 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya membuat pilihan/kecenderungan penggunaan tangan, sama ada tangan kanan/kiri.

·         Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah menjadikan mereka mampu untuk menyelak muka surat buku. Kanak-kanak juga mampu membina menara.

·         Kanak-kanak pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat suka melukis kerana mereka sudah boleh menghasilkan bentuk-bentuk yang mungkin memberi makna kepada mereka.

·         Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh menggunakan gunting dengan baik.

·         Koordinasi mata dengan tangan yang baik membolehkan kanak-kanak menguntai manik.

 

5)      5-7 TAHUN:

·         Pengawasan pensil yang baik berlaku pada usia ini.

·         Kanak-kanak mampu mencucuk benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga lukisan.

·         Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak pada usia ini.

·         Kanak-kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari (Pincher Grasp), tapi mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan (Pincher Grasp) dengan lebih baik.

·         Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun. Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.

 

 

CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK

1.      Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir, bijirin.


 

Rajah 28 : sumber dari google













2.      Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntingan-guntingan yang lebih rumit.



Rajah 29 : sumber dari google

 

3.      Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.


Rajah 30 : sumber dari google

 

4.      Aktiviti mengoyak kertas/surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor halus kanak-kanak.


Rajah 31 : sumber dari google

 

 









 

5.      Bermain permainan seperti “puppet” dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelingking

 Rajah 32 : sumber dari google

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment