Thursday 19 November 2020

PUISI KESUSASTERAAN AWAL KANAK-KANAK

  APA ITU PUISI ?

πŸ‘‰       Dato’ Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali dengan Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai khusus digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

πŸ‘‰       Seterusya, beliau berkata bahawa karangan berangkap ini ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang dikerat-kerat, dan antara setiap kerat itu mempunyai irama atau isinya yang berkaitan serta kebanyakannya mempunyai jumlah perkataan tertentu.

 

πŸ‘‰    Karangan ini terikat kepada :

❤ Bentuk yang khusus dan tetap 

❤ Jumlah baris dalam rangkap  

 Rima dan irama 

❤ Jumlah suku kata







Memilih puisi yang positif dan bermanfaat untuk kanak-kanak

Kanak-kanak mempelajari bahasa dan membuatkan mereka mempunyai perasaan

Puisi kaya dengan idea dan perasaan

Belajar bahawa orang mempunyai cara penerimaan berbeza terhadap puisi

Mempunyai bait-bait yang kuat, puisi jenaka atau cerita puisi



JENIS-JENIS PUISI

   1. PANTUN

     Pantun ialah sejenis puisi melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Berdasarkan kajian, pantun membawa maksud yang merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau kelakuan yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila dalam kesusasteraan melayu.

 

CIRI-CIRI PANTUN :-

a. Rangkap yang berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea

b.  Rangkap terbina daripada baris yang berpasangan, contohnya 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat, 8 kerat dan 12 kerat. 

c. Jumlah perkataan bagi setiap baris antara 3 hingga 5 patah.

d. Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar 8 hingga 12 suku kata.

e. Skema rima ditengah dan hujung adalah berjajar berselangan, iaitu ab:ab. Ada juga skema ringan yang sama iaitu aa:aa.

f. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pembayang dan maksud pembayang.

g. Pantun yang baik mempunyai hubungan dan idea dan wacana antara pembayang dengan maksud.


JENIS-JENIS PANTUN :-

πŸ“ Pantun Kanak-Kanak

contoh : 

Timang tinggi-tinggi,

Sampai cucur atap,

Belum tumbuh gigi, 

Pandai baca kitab. 

 

πŸ“ Pantun Cinta dan Kasih Sayang

contoh : 

 Ada harta tidak terjaga,

                                                Ada peti tidak berkunci,

                                        Bahana cinta anak remaja,

                                               Sekejap kasih sekejap benci.


πŸ“ Telatah dan Cerita Hidup Rakyat

 contoh :

 Apa diharap padi seberang,

Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang, 

Apa diharap kekasih orang,

Entah bercerai entah tidak,

Entah makin bertambah sayang.

 

πŸ“ Pantun Teka-Teki

contoh :

Kalau tuan bawa keladi,

Bawakan juga si pucuk rebung,

Kalau tuan bijak bestari,

Binatang apa tanduk dihidung ? 

 

πŸ“ Pantun Budi

contoh :

Bunga cina di atas batu,

Daunnya lepas ke dalam ruang,

Adat budaya tidak berlaku,

Sebabnya emas budi terbuang. 

 

πŸ“ Pantun Nasihat, Agama dan Adat

Burung Kenek-Kenek,

Terbang atas Pagar, 

Pesan Datuk Nenek,

Rajin-Rajinlah Belajar. 

 

2. SYAIR

    Syair ialah bentuk puisi tradisional ciptaan orang Melayu yang dipengaruhi oleh Arab dan Parsi. Ia merupakan sejenis puisi yang berlagu. Dalam puisi melayu taradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri ( Syair Burung Punggak, Syair Perahu ) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama islam.


CIRI-CIRI SYAIR :-

1. Empat baris serangkap.

2. Jumlah perkataan dalam setiap baris 3 hingga 5 patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris 8 hingga 12 suku kata.

3. Tergolong dalam jenis puisi kata

4. Skema rima hujungnya sama iaitu aa:aa

5. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.

6. Tidak mempunyai pembayang maksud.


CONTOH SYAIR :

Rajah 10 : sumber dari google


3. GURINDAM  

        Gurindam ialah sejenis puisi melayu tradisional yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui " Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat 2 jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu terikat dan tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada 2 baris serangkap yang mengandungi 3 hingga 4 patah perkataan dengan skema rima aa:aa. Manakala bentuk yang tidak terikat pula mengandungi jumlah baris, perkataan dan suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanyaa bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. 


CIRI-CIRI GURINDAM :-

1. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.

2. Lazimnya terdiri daripada 2 baris serangkap.

3. Skema rima hujung adalah sama iaitu aa:aa.

4. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua)


CONTOH GURINDAM :

 

Rajah 11 : sumber dari google

 

4. SELOKA

    Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka. Dalam bahasa melayu, seloka membawa maksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka ialah puisi yang tertua dalam kesusasteraan melayu. Seloka ini datang ke alam melayu bersama-sama perkembangan agama hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka. Ia merupakan puisi melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.

 

CIRI-CIRI SELOKA :-

1. Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.

2. Terbahagi kepada pembayang dan juga maksud.

3. Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

4. Diguna untuk menyindir sambil mengajar.

 

CONTOH SELOKA : 

 

Rajah 12 : sumber dari google



 



No comments:

Post a Comment