Monday, 30 November 2020

KEMAHIRAN MENULIS


·         Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.

·         Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu.

·         Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. 

·         2 jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam PdP di sekolah. Pertama ialah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua kemahiran menulis mentalis.

·         Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-perkataan.

·         Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah ( Tahun 1-Tahun 3).

·         Kemahiran menulis secara mentalis pula adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita dan sebagainya.

·         Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap.

·         Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.

 

PERINGKAT PERKEMBANGAN PENGAJARAN MENULIS

·         Pengajaran kemahiran menulis dapat dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj.Husin, 1988):

                      i.          Peringkat Pra-Menulis:

o    Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra-menulis sekiranya mereka sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.

o    Pada peringkat pra-menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

o    Selain itu, latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

o    Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991), kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis:

1)         Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang

2)         Menyambung titik-titik di atas kertas

3)         Melukis garis condong

4)         Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk

5)         Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

 

                     ii.         Peringkat Mendirikan Asas (Peringkat Mekanis):

o   Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran memegang pencil (dari saiz besar ke saiz kecil) serta boleh duduk dengan betul untuk menulis dengan baik.

o   Pada awalnya, kanak-kanak membentuk huruf diatas kertas kosong yang tidak mempunyai garisan, latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal dan latihan menulis huruf di atas kertas bergaris bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

o   Seterusnya, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar seperti “a”: (ayam, ayah, adik)

 





Contoh Alat Tulis: 

sumber dari google  


 sumber dari google


Kemahiran Memegang Pensil dan Menulis:

sumber dari google


Contengan Yang Dihasilkan Kanak-Kanak:        

 sumber dari google

 

                    iii.        Peringkat Untuk Pelahiran (Mentalis):

👉   Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar.

👉   Melahirkan fikiran secara bertulis

👉   Kanak-kanak telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf/abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.

👉  Kanak-kanak menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri.

 

Aktiviti Penulisan Mentalis:  

            💙   Membina ayat bagi melengkapkan cerita.

  💙   Menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru

  💙   Meneka silang kata

 💙    Menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat

 💙     Menulis ayat mudah

  💙      Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan


 

No comments:

Post a Comment