DEFINISI :
Satu latihan bagi menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran melalui pintu dan tangga yang ditetapkan ke tempat yang selamat. Biasanya, sistem kecemasan berbunyi dan bangunan dipindahkan seolah-olah kebakaran sebenar telah berlaku.Masa yang diperlukan untuk berpindah diukur bagi memastikan ia berlaku dalam jangka masa yang munasabah, dan masalah dengan sistem kecemasan atau prosedur pemindahan dikenal pasti untuk diperbaiki.
OBJEKTIF :
Mendapatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai garis panduan dan tatacara melepaskan diri apabila berlaku kebakaran.
FAKTOR KEBAKARAN :
1. Bahan mudah terbakar (bahan padat, cair atau gas)2. Panas (suhu)3. Oksigen (o2)
CARA MENCEGAH KEBAKARAN
1. KESELAMATAN DI DAPUR
a. Berikan sepenuh tumpuan ketika memasak.b. Pastikan dapur bersih dan tudak berminyak.c. Tidak memasak dalam keadaan letih atau mengantuk.
2. RUANG ALAT PEMANAS
Letakkan alat-alat pemanas pada jarak 3 kaki atau 1 meter daripada sebarang benda-benda yang mudah terbakar.
3. MANCIS DAN PEMETIK API
Pastikan bahan-bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan di tempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak.
4. ELEKTRIK
a. Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal.b. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas.
5. LILIN
Semasa menggunakan lilin, pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin.
CARA MENYELAMATKAN DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN
1. PERANCANGAN UNTUK MELEPASKAN DIRI
Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri daripada sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.2. MERANGKAP DI DALAM ASAP
Cara yang betul bagi menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, :
a. Merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, siku dan lutut.b. Pastikan kepala anda berada pada aras 30-60 cm (kurang dari 2 kaki) dari atas lantai
No comments:
Post a Comment