Tuesday, 15 December 2020

LATIHAN PENGURUSAN DIRI : PENCEGAHAN DEMAM DENGGI

Rajah 17 : sumber dari google
 

APA ITU DEMAM DENGGI ?

πŸ‘‰   Demam denggi ialah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia pada setiap tahun.

Terdapat 2 jenis demam denggi:

1.      Demam denggi biasa

2.      Demam denggi berdarah

 

TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI

1.      Demam panas

2.      Sakit kepala

3.      Sakit tulang belakang

4.      Sakit sendi-sendi

5.      Loya dan muntah

6.      Sakit biji mata

7.      Ruam dan gatal.


DEMAM DENGGI BERDARAH

πŸ‘‰ Tanda-tanda:

1.      Mudah lebam

2.      Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.

3.      Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang membawa maut.

 

APAKAH RAWATAN YANG PERLU DIAMBIL ?

πŸ‘‰Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah

 

CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

1.     Luangkan 10 minit setiap hujung minggu, cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

2.      Membuang bekas yang boleh menakung air.

3.      Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup.

4.      Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali.

5.      Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.

6.      Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.

7.      Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.

8.      Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.

9.      Sapukan krim nyamuk pada anggota badan yang terdedah kepada gigitan nyamuk.

10.  Pakai baju berwarna cerah dan berlengan Panjang dan seluar sewaktu keluar rumah.

11.  Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyampuk elektrik di kawasan tertutup.

 

No comments:

Post a Comment