Wednesday 9 December 2020

LATIHAN KESELAMATAN : PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia juga merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.

 

Punca kemalangan berlaku:

·         Kejahilan

·         Kelalaian dan kecuaian

·         Mabuk

·         Kepenatan

·         Keadaan persekitaran yang boleh mengancam kesihatan

·         Tidak mematuhi lampu isyarat

·         Memandu lawan araH 

 

 Tujuan pertolongan cemas :

1)      Menjadikan mangsa lebih selesa

2)      Menyelamat nyawa pesakit

3)      Mengawal pendarahan

4)      Membantu keadaan yang melibatkan nyawa

5)      Elak daripada terkena jangkitan

 

Perancangan bantuan kecemasan:

Ä  Mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan

Ä  Dapatkan borang persetujuan daripada ibu bapa

Ä  Mendapatkan Latihan pertolongan cemas daripada pihak tertentu

Ä  Mendapat borang persetujuan daripada ibu bapa

 

Prinsip-prinsip pertolongan cemas

1.      Menyelamatkan nyawa mangsa

2.      Mengelakkan komplikasi atau keadaan

3.      Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin

4.      Jangan terlalu panik dan perlu bertenang

5.      Jika mengesyaki ada bahagian anggota tangan yang patah, jangan gerakkan mangsa tersebut

6.      Latihan kecemasan haruslah dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Antara prosedur yang perlu diikuti semasa latihan kebakaran ialah:

a)      Pastikan kawasan lapang yang agak jauh dari luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul.

b)      Sediakan plan arah laluan ke tempat tersebut.

c)  Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak secara tenang jika berlaku kecemasan.

 

-        Apakah langkah bantuan awal?

Langkah 1: cuba hentikan kebakaran

Langkah 2: sejukkan bahagian anggota badan yang terbakar selama 20 minit untuk mengurangkan kepanasan.

Langkah 3: tentukan ia tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.

Langkah 4: pastikan mangsa masih bernafas dan awasinya. Selimutkan mangsa dengan kain bash dan hanter mangsa ke hospital.

-          Menguruskan kecedaraan luar biasa.

1.      Membantu mangsa (kanak-kanak) melecur:

Defenisi: merupakan kecedaraan tisu kerana haba terlalu panas, terlalu sejuk atau bahan kimia dan radiasi.

 

Terdapat 3 tahap kecederaan:

Tahap 1: bahagian luar kulit sahaja. Kemerahan dan mengelembung.

Tahap 2: kecederaan sampai ke tisu dan otot berwarna putih.

Tahap 3: terbakar sampai ke tulang dan warna seperti kehitaman seperti arang.

 

No comments:

Post a Comment